Sabtu, 11 Julai 2009

JAM TANGAN DIJUMPAI

Untuk makluman terdapat 1 jam tangan lelaki dan 1 jam tangan perempuan jenama terkenal yang telah lama dijumpai tertinggal di tempat wuduk surau.

Walaupun sebelum ini telah ditampal notis mengenainya tetapi masih belum ada yang datang untuk menuntutnya.

Oleh yang yang demikian sekiranya ada sesiapa yang pernah kehilangan jam semasa datang ke surau ini untuk menunaikan solat. Harap dapat menghubungi e-mail : surau2faber@yahoo.com atau berjumpa dengan AJK yang bertugas selepas waktu Kuliah Zohor.

Saya yang menurut perintah

AJK Surau Menara 2,
Faber Towers, Taman Desa,
Off Jalan Klang Lama,
Kuala Lumpur.