Sabtu, 1 Ogos 2009

Ustaz Muhammad Irwan

Bab Solat

Sila Klik disini download untuk mendengar rakaman kuliah.

Pada kuliah ini, Ustaz memperjelaskan dengan terperinci rukun solat yang 13 dan juga kategori rukun tersebut iaitu:

Rukun-Rukun Solat

Rukun solat itu tiga belas perkara.
1. Niat
2. Qiam (berdiri tegak) bagi yang mampu.
3. Takbiratul Ihram.
4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat
5. Rukuk dengan tamakninah
6. Iktidal dengan tamakninah
7. Sujud dua kali dengan tamakninah
8. Duduk di antara dua sujud dengan tamakninah
9. Membaca tahiyyat akhir.
10. Duduk bagi tahiyyat akhir dengan tamakninah
11. Membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. pada tahiyyat akhir.
12. Memberi salam.(Lafaz salam yang pertama)
13. Tertib (melakukannya secara berturutan).

Rukun sembahyang pula dibahagikan kepada tiga bahagian.
i. Rukun Qalbi. Iaitu yang dikerjakan oleh hati. Rukunnya adalah niat.
ii. Rukun Qauli. Iaitu yang dikerjakan oleh lidah. Rukunnya lima, iaitu takbiratul ihram, membaca surah al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat kepada Nabi s.a.w. dan salam.
iii. Rukun Fi’li (Perbuatan). Ia adalah selain daripada rukun qalbi dan qauli tadi.

Selain itu, Ustaz Irwan juga menerangkan beberapa kesilapan yang sering dilakukan ketika bersolat.