Ahad, 30 Ogos 2009

Doa Hindari Wabak Merebak

Oleh : Ustaz Alias Bin Abd Jalil
Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah
Pondok Pasir Tumboh
Kelantan

Dibaca doa’ ini untuk menghindar selsema babi. Dan wabak yang lain.

Sila KLIK - > Doa Hindari Wabak Merebak

Solat Terawih: Sejarah - Hukum - Kaifiat

Oleh : Ustaz Dr Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman
Pensyarah Jabatan Syariah,
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra

Berkenaan keutamaan solat ini, Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah saw menganjurkannya pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda:

((مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [متفق عليه]
Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [Sahih Muslim, no: 759]

Baca seterusnya, Sila KLIK -> Solat Terawih: Sejarah - Hukum - Kaifiat

Tiga tahap berpuasa

Menurut Imam al-Ghazali, bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh, perlu menyempurnakan enam perkara iaitu:

•Menundukkan pandangan dan menahan daripada melihat perkara tercela dan dibenci oleh syariat serta daripada segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati daripada mengingati Allah.

•Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat dan dusta. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, banyak berzikir dan membaca al-Quran.

•Menahan daripada mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang haram dituturkan, haram juga didengar.

Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya bermaksud: "Mereka itu adalah orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram." (al-Maidah:42)

•Menahan anggota badan daripada melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki daripada perkara yang dilarang dan menahan perut daripada perkara syubhah ketika berbuka.

Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahan daripada makanan halal, tetapi berbuka dengan makanan haram.

•Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan terbabit. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh dengan makanan halal.

Bagaimana boleh seseorang itu mematahkan keinginan syahwatnya dan menewaskan musuhnya sedangkan apabila berbuka dia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika berpuasa.

•Hendaklah timbul di dalam hatinya perasaan takut dan pengharapan kepada Allah kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya atau puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang celaka.

Baca seterusnya, Sila KLIK >>> Tiga tahap berpuasa

Sabtu, 29 Ogos 2009

Kelebihan Sedekah

Amalan yang sangat dituntut pada Ramadan ialah bersedekah. Hal ini dijelaskan Abu Hurairah: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW. Ya Rasulullah, tolong terangkan kepada saya, sesuatu amal yang apabila saya melakukannya, akan menyebabkan saya masuk syurga. Baginda menerangkan, berilah makan (fakir miskin dan anak yatim), amalkan selalu memberi salam, eratkan silaturahim dengan membantu kaum kerabat dan kerjakan sembahyang tahajud pada waktu malam ketika orang ramai tidur, nescaya engkau akan masuk syurga dengan aman sentosa.” (riwayat Imam Ahmad)

Sila KLIK disini > Kelebihan Sedekah

Sabtu, 22 Ogos 2009

من أخطاء الصائمين والقائمين - KESILAPAN yang dilakukan oleh orang yang berpuasa dan beribadat DI BULAN RAMADHAN

Oleh : Ustaz Yusof Embong

Salam sahabat-sahabat,

Selamat berpuasa dan beribadat di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kerahmatan. Bulan yang dijanjikan maghfirah(keampunan) oleh ALlah. Untuk itu kita kena mendirikan Ramdhan dengan sempurna.

Kita tidak mahu puasa yang kita tunaikan hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Ini jelas sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi saw,

•Sabda Nabi saw,
عن أبي هريرة: قال النبي كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ - رواه النسائي وابن ماجه
[ Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga ].

Berikut dipaparkan tulisan من رسالة تذكرة الصوم لعبد الله بن صالح القص yang menyebut di antara kesilapan-kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh orang yang berpuasa dan beribadat di bulan puasa;

Sila KLIK disini Teks Penuh

Ahad, 16 Ogos 2009

HUKUM BERSALAM

Apakah hukum bersalam dengan makcik sebelah isteri dan bersalaman dengan kakak ipar.

Jawapannya sila KLIK disini Laman Interaksi Mufti Negeri Melaka

Sabtu, 15 Ogos 2009

Sedekah Menyembuhkan Penyakit

Oleh Ustaz Shukri Harun

Hadis Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam, bermaksud "Ubatilah sakitmu dengan sedekah" teks Arabnya sebagaimana berikut :
داووا مرضاكم بالصدقة
Hadisnya ini memberikan penekanan tentang sedekah yang boleh menyembuhkan sakit seseorang. Bermakna sedekah itu mempunyai banyak khasiat dan manafaat antaranya boleh menyembuhkan sakit

Sila KLIK di sini Teks Penuh

DOA PELINDUNG/VAKSIN daripada SELESAMA BABI

Salam kawan-kawan,

Bacalah doa ini yang diajar oleh Nabi Muhammad saw, insyaALlah selamat daripada mala petaka bala bencana dan selesema Babi Influenza A H1 Ni;

Sila KLIK di sini DOA PELINDUNG/VAKSIN daripada SELESAMA BABI

Doa ini diperolehi dari laman blog Ustaz Yusof Embong.

Rabu, 5 Ogos 2009

TUNTUTAN DAN ETIKA DI DALAM BERDOA

Berterusan berdoa dan mengulang-ngulang doa sebanyak tiga kali dan tidak berputus asa serta tergesa-gesa menganggap doa tidak diperkabulkan. Diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah Ta‘ala menyukai orang-orang yang mengulang-ngulang di dalam berdoa."

(Hadits riwayat Baihaqi)

Sila KLIK disini Teks Penuh

Selasa, 4 Ogos 2009

DOA KESELAMATAN DARIPADA WABAK SELSEMA BABI

Pautan berikut mengandungi Doa Untuk Keselamatan Dan Kesentosaan Daripada Segala Penyakit yang dipanjangkan oleh Dato Hj Mohd Murtadza bin Hj Ahmad semasa beliau menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus BLOG_Dato Hj Mohd Murtadza

Sila Klik Disini Doa Keselamatan Daripada Wabak

Ahad, 2 Ogos 2009

Ustaz Yunus Kamarudin

Bab Solat

Sempurnakah SOLAT anda selama ini ?

Sila dengar rakaman kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Yunus bagi mengetahui kesalahan-kesalahan yang dilakukan semasa bersolat disebabkan tidak mendalami ilmu sembahyang dengan sempurna dan menyebabkan solat kita tidak diterima.

Sila KLIK disini download

Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala

Sabtu, 1 Ogos 2009

Ustaz Muhammad Irwan

Bab Solat

Sila Klik disini download untuk mendengar rakaman kuliah.

Pada kuliah ini, Ustaz memperjelaskan dengan terperinci rukun solat yang 13 dan juga kategori rukun tersebut iaitu:

Rukun-Rukun Solat

Rukun solat itu tiga belas perkara.
1. Niat
2. Qiam (berdiri tegak) bagi yang mampu.
3. Takbiratul Ihram.
4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat
5. Rukuk dengan tamakninah
6. Iktidal dengan tamakninah
7. Sujud dua kali dengan tamakninah
8. Duduk di antara dua sujud dengan tamakninah
9. Membaca tahiyyat akhir.
10. Duduk bagi tahiyyat akhir dengan tamakninah
11. Membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. pada tahiyyat akhir.
12. Memberi salam.(Lafaz salam yang pertama)
13. Tertib (melakukannya secara berturutan).

Rukun sembahyang pula dibahagikan kepada tiga bahagian.
i. Rukun Qalbi. Iaitu yang dikerjakan oleh hati. Rukunnya adalah niat.
ii. Rukun Qauli. Iaitu yang dikerjakan oleh lidah. Rukunnya lima, iaitu takbiratul ihram, membaca surah al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat kepada Nabi s.a.w. dan salam.
iii. Rukun Fi’li (Perbuatan). Ia adalah selain daripada rukun qalbi dan qauli tadi.

Selain itu, Ustaz Irwan juga menerangkan beberapa kesilapan yang sering dilakukan ketika bersolat.

Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri

Kitab Bahrul Mazi

Bab hukum masuk di dalam masjid

Klik disini untuk mendengar rakaman kuliah download