Khamis, 13 September 2012

Doa menguatkan Senjata Lelaki - Ustaz Zainal Abidin ( Ustaz Toliban )_14.7.2009

Assalamualaikum,

Jarang-jarang sekali kuliah jemputan disurau ini dapat menerima beberapa tip2 bagi kegunaan para qariah lelaki didalam melayari bahtera rumahtangga.

Namun kehadiran Ustaz Hj Zainal Abidin yang lebih dikenali sebagai Ustaz Toliban telah menceriakan kami kerana beliau telah memberikan satu doa bagi menguatkan senjata lelaki didalam melayari kehidupan bersama isteri.

Selain itu, terdapat beberapa doa juga diberikan seperti doa untuk anak menjadi baik, doa mengunci rumah dan kereta dari kecurian serta musibah (Sila lihat rakaman).

Dibawah tip-tip untuk menguatkan senjata lelaki serta doa paku bumi untuk mengelakkan kecurian :















Petua bagi menguatkan senjata lelaki:
Baca doa yang diberikan 7 kali pada air suam.
Ambil tuala kecil basahkan dengan air yang dibacakan doa tadi
dan kemudian pekapkan pada senjata anda.
Lakukan setiap hari selama 40 hari.
Insyaallah dengan izin Allah semoga kesihatan anda diberkati.

Petua bagi mengelakkan kecurian:
Sebelum membaca doa hendaklah membaca surah Al Fatihah 3 kali (dihadiahkan kepada
Nabi Muhammad, Orang-orang Soleh, Guru yang mengajar doa).
Doa hendaklah dibaca semasa mengunci rumah atau kenderaan dan boleh dibaca setiap
hari bagi mengelakkan anak dilarikan orang.
Semasa menyebut Muhammad lidah kena dekat dengan langit-langit dan niat dalam hati
selagi tidak bergerak 7 petala langit dan bumi insyaallah tidak tergerak orang mengambil
barangan kita (syarat tiada barang/perbuatan haram didalam rumah atau kenderaan).

Tulis 7 huruf yang tidak boleh disambung pada palang pintu atau tingkap rumah, bilik air
yang mana dijangka pencuri akan masuk.

Tulis pada 14hb Islam dan huruf-hurufnya adalah:

-->
ا د ذ ر ز و لا



Wassalam