Isnin, 28 Jun 2010

Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap

RAYUAN DERMA
http://terapcare.blogspot.com

Padang Terap merupakan kawasan yang terpinggir dan agak mundur berbanding kawasan-kawasan lain di Negeri Kedah Darul Aman.Keluasannya lebih kurang negeri Perlis. Kemiskinan berpanjangan, ada anak-anak yang tak dapat menyambung pengajian kerana kemiskinan,terpaksa berlapar ketika hujan kerana tak dapat nak menoreh getah, tiada apa yang nak di makan kecuali pucuk-pucuk kayu,ada yang merebus beras hancur atau beras ayam untuk dimakan,masih meggunakan air parit sebagai minuman, masih berbumbungkan daun rumbia,daun kelapa,daun ibus(sejenis tumbuhan yang berdaun lebar) yang tak sepatutnya berlaku di Negara yang Bernama Malaysia..
oleh itu,Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap mengorak langkah kehadapan untuk meringankan bebanan saudara-saudara kita di Padang Terap, TerapCare,menjadi jambatan penghubung antara tuan/puan dengan fakir miskin Padang Terap.Bantulah mereka kerana mereka juga saudara kita..mungkin hari ini mereka susah,entah esok atau lusa kita pula yang merana..bantulah sekadar yang termampu dengan REZEKI PINJAMAN ALLAH itu..

Sila KLIK -> Baca Lagi untuk mengetahui keadaan sebenar.