Ahad, 21 Februari 2010

USTAZ KAZIM ELIAS - Bersedekah

Apa kelebihan Bersedekah ?

Jangan meninggalkan sedekah, kerana takutkan menjadi miskin, ataupun khuatir hartanya akan berkurangan.
Rasulullah s.a.w telah bersabda : " Tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan."
Sebenarnya sedekah itulah yang menambah kekayaan dan meluaskan hidup, menjauhkan kekurangan dan kesempitan.
Firman Allah Ta'ala : "Dan sesuatu yang kamu belanjakan (di jalan kebajikan) niscaya Tuhan akan menggantikannya, dan Dia adalah sebaik-baik Pemberi rezeki." (Saba' : 39)
Hendaklah kita bersedekah dan membelanjakan harta di jalan Allah dari sesuatu yang kita sayangi, agar kita dapat memperolehi kebajikan (Syurga).
Firman Allah Ta'ala : "Kamu tidak akan memperolehi kebajikan, sehingga kamu membelanjakan dari apa yang kamu kasihi." (Ali Imran : 92)

Sila KLIK -> muat turun rakaman.