Selasa, 6 April 2010

Sinar Harian : Kotor dan Menjijikan !

KEPONG - Memang menjijikkan. Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan keadaan di sebuah kilang memproses mi kuning dan kuey teow di Kawasan Industri di Taman Ehsan di sini.

Kilang yang tidak mempunyai papan tanda yang beroperasi di kawasan gudang itu hanya layak buat bengkel kereta.

Serbuan diketuai Unit Halal Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) turut terkejut apabila mendapati seluar dalam dan baju pekerja tersidai di atas mesin membuat mi.

Keadaan menjijikkan itu terserlah apabila keadaan lantai yang tidak terurus ditambah dengan air bertakung selain pekerjanya yang hanya berseluar pendek dan bersinglet serta tidak bersarung tangan ataupun berpenutup kepala bebas memproses dan membungkus mi.

Baca Lagi